Kerajaan Arab Saudi akan menaikkan kadar caj visa haji dan umrah berkuatkuasa 2 Oktober ini.

Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet Arab Saudi pada Isnin.

Portal Saudi Gazette pada Rabu melaporkan, mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Putera Mahkota, Muhammad Naif pada Isnin.

Berdasarkan peraturan baharu itu, kemasukan pertama bagi jemaah haji dan umrah adalah percuma tetapi bagi kemasukan kedua mereka akan dikenakan bayaran 2,000 riyal (RM2,150).

Bayaran caj visa kemasukan pelbagai kepada rakyat asing turut dinaikkan iaitu 3,000 riyal (RM3,220) bagi tempoh enam bulan, setahun 5,000 royal (RM5,370), manakala dua tahun 8,000 riyal (RM8,597).

Caj bagi visa transit ditetapkan pada kadar 300 riyal (RM320).