awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi perkenal cop khas Ramadan pada pasport

Agensi
Agensi
15/03/2024
04:05 MYT
Arab Saudi perkenal cop khas Ramadan pada pasport
Cop khas Ramadan itu tersedia kepada pelancong di lapangan terbang di Jeddah, Riyadh dan Dammam sepanjang bulan Ramadan. - Foto AljawazatKSA
RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi melancarkan cop khas sempena meraikan musim Ramadan tahun ini pada pasport antarabangsa semua pengunjung ke negara itu termasuk jemaah umrah dan pelancong.
Cop khas berkenaan yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pasport, bertujuan “menghidupkan semula warisan budaya, adat dan tradisi sejarah yang kaya pada bulan Ramadan," kata agensi berita negara SPA.
Cop itu ditawarkan kepada pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah; Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd, Dammam sepanjang bulan suci umat Islam ini.
Kementerian Kebudayaan Arab Saudi turut melancarkan program Ramadan Musim 1445 di seluruh negara yang menampilkan aktiviti menghidupkan semula warisan sejarah melalui pengalaman budaya, hiburan dan sukan secara langsung.
Ia bertujuan untuk menggalakkan "pemahaman yang lebih mendalam tentang warisan budaya, sosial dan moral sambil mempamerkan kebanggaan dan penghormatan yang diperoleh daripada akar sejarah negara kepada tamadun masa kini," kata SPA lagi. - Arab News
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#jendela ramadan
#cop khas Ramadan
#pasport antarabangsa
#Ramadan 1445H
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan