awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS arahkan kakitangan kedutaannya tinggalkan Ukraine

Bernama
Bernama
24/01/2022
04:41 MYT
AS arahkan kakitangan kedutaannya tinggalkan Ukraine
Pemandangan di luar Kedutaan AS di Kyiv, Ukraine, 25 Sept, 2019. - Facebook US Embassy Kyiv Ukraine
ANKARA: Amerika Syarikat (AS) pada Ahad secara rasmi mengarahkan ahli keluarga kakitangan kedutaan yang layak untuk meninggalkan Kyiv, Ukraine di tengah-tengah ketegangan berterusan antara Ukraine dan Rusia.
"Pada 23 Januari 2022, Jabatan Negara AS membenarkan perjalanan secara sukarela pekerja warganegaranya serta ahli keluarga yang layak meninggalkan Kedutaan di Kyiv kerana ancaman berterusan tentera Rusia.
"Warga AS di Ukraine harus mempertimbangkan untuk berlepas sekarang menggunakan pengangkutan komersial atau persendirian yang tersedia," katanya dalam panduan perjalanan, menurut Agensi Anadolu (AA).
Situasi keselamatan di sekitar "sempadan Ukraine, di Crimea dan di timur Ukraine yang dikuasai Rusia tidak dapat diramalkan dan boleh bertambah buruk dengan sedikit notis," kata kenyataan itu, sambil menambah terdapat laporan bahawa Rusia sedang merancang "tindakan ketenteraan yang ketara terhadap Ukraine. "
Rusia mengambil alih Semenanjung Crimea di Ukraine pada 2014 dan tindakan itu tidak pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa serta dikecam sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Rusia baru-baru ini menghimpunkan puluhan ribu tentera berhampiran sempadan timur Ukraine, mencetuskan kebimbangan bahawa Kremlin mungkin merancang satu lagi serangan ketenteraan terhadap bekas jirannya itu.
Bagaimanapun, Moscow menafikan bahawa mereka sedang siap sedia menyerang dan berkata tenteranya berada di sana untuk sesi latihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Amerika Syarikat
#Kedutaan AS
#tindakan ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan