Argentina mengisytihar perintah berkabung selama tiga hari selepas 55 rakyatnya terkorban akibat banjir kilat.

Sebahagian besar mangsa membabitkan penduduk di wilayah Buenos Aires.

Bencana yang berlaku berbunca daripada ribut kencang yang membadai ibu negara, Beunos Aires dan bandar La Plata.

La Plata mencatat sekurang-kurangnya 49 kematian manakala enam lagi di Buenos Aires.

Jumlah korban dijangka akan meningkat memandangkan lebih 20 lagi dilapor masih hilang.

Ekoran kejadian itu, lebih 300 kebanyakannya kanak-kanak terpaksa bermalam di dalam khemah.

Mangsa mendakwa menerima bantuan bagaimanapun bekalan asas terutama air bersih dikatakan tidak mencukupi.

Kenyataan berkenaan turut disokong palang merah yang mengkritik kerajaan kerana tidak banyak membantu.

Selain usaha mencari dan menyelamat mangsa, pihak berkuasa mengerah beratus tentera dan pasukan keselamatan untuk melindungi penduduk daripada penjenayah yang mengambil kesempatan dengan musibah yang berlaku.