awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh

Bernama
Bernama
06/10/2023
04:08 MYT
Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh
Ararat Mirzoyan, Menteri Luar Armenia. - Gambar fail REUTERS
YEREVAN: Armenia kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh, lapor Sputnik, memetik Kementerian Luar Armenia.
"Dengan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam, Armenia telah memperoleh maklumat mengenai lawatan delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh, yang diketuai oleh Penyelaras Residen PBB di Azerbaijan (Vladanka Andreeva), dan siaran media yang diterbitkan selepas itu.
"Menteri Luar Armenia (Ararat Mirzoyan) membangkitkan isu ini semasa mesyuarat pada 2 Oktober di Kementerian Luar yang dihadiri ketua-ketua misi diplomatik dan wakil pertubuhan antarabangsa yang diiktiraf di Armenia," menurut kementerian itu.
Ia juga berkata bahawa lawatan pada 2 Oktober oleh delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh tidak boleh dianggap sebagai misi antara organisasi untuk mengumpul fakta dan "sama sekali tidak menggambarkan harapan pihak Armenia dan masyarakat antarabangsa."
Pada 19 September, Baku melancarkan apa yang dipanggil "aktiviti anti-pengganas" di Nagorno-Karabakh bertujuan untuk "memulihkan ketertiban perlembagaan."
Pada mesyuarat berikutnya, Azerbaijan dan wakil-wakil Armenia Nagorno-Karabakh bersetuju mengenai menghentikan serangan sepenuhnya.
Presiden Nagorno-Karabakh yang diisytihar sendiri, atau Artsakh, kemudiannya menandatangani dekri untuk membubarkan semua institusi negara pada 1 Januari, sekali gus menamatkan kewujudannya.
Ini telah menyebabkan perpindahan besar-besaran orang Armenia dari Nagorno-Karabakh ke Armenia, dengan lebih 100,000 penduduknya dipindahkan sehingga kini.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Nagorno-Karabakh
#Azerbaijan
#PBB
#Armenia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan