awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN akan terus bantu selesaikan krisis di Myanmar - Duta Khas

Bernama
Bernama
22/07/2022
05:48 MYT
ASEAN akan terus bantu selesaikan krisis di Myanmar - Duta Khas
Duta khas itu berkata lawatan kerja pertamanya ke Myanmar pada Mac 2022 membantunya lebih memahami situasi di lapangan. - Bernama
PHNOM PENH: Timbalan Perdana Menteri Kemboja dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Prak Sokhonn, yang juga Duta Khas ASEAN ke Myanmar, menegaskan semula komitmennya untuk meneruskan bantuan bagi menangani krisis di negara itu.
Sokhonn berikrar meneruskan usaha untuk memudahkan dialog yang membina, menggalakkan kepercayaan dan mendapatkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dan vaksin untuk penduduk di Myanmar, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik Agensi Berita Kemboja Agence (AKP) pada Khamis.
ASEAN boleh bertindak sebagai perantara yang neutral di antara pihak-pihak yang terlibat dalam konflik itu, katanya pada persidangan dalam talian dengan Institut ISEAS-Yusof Ishak, namun ia akan mengambil masa untuk dilaksana selain memerlukan pemahaman dan kesabaran.
Duta khas itu berkata lawatan kerja pertamanya ke Myanmar pada Mac 2022 membantunya lebih memahami situasi di lapangan, dan menyelesaikan banyak cabaran berkaitan pemberian bantuan kemanusiaan di Myanmar.
Sementara lawatan keduanya pula membantu beliau mengambil tindakan dan langkah yang sewajarnya untuk membawa kemajuan terhadap tiga keutamaan dalam melaksanakan "Konsensus Lima Perkara mengenai situasi di Myanmar, termasuk menamatkan atau mengurangkan keganasan; menyediakan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi; dan mewujudkan persekitaran menggalakkan untuk dialog inklusif dan membina kepercayaan politik dalam kalangan semua pihak yang berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Myanmar
#Prak Sokhonn
#krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan