SINGAPURA: Asean dan China perlu menangani empat risiko yang ada pada masa ini untuk memanfaatkan lagi peluang dalam ekonomi masing-masing, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Bercakap pada program China Conference: Southeast Asia, persidangan tahunan utama anjuran South China Morning Post hari ini, beliau berkata antara risiko tersebut termasuklah "pertumbuhan perlahan ekonomi China dan risiko krisis sektor perbankan global".
"Era pertumbuhan satu digit atau dua digit yang tinggi, yang menyaksikan China menguasai ekonomi dunia bangkit daripada krisis kewangan global pada 2008/2009, mungkin sudah berakhir.
"Pemulihan tidak sekata dalam sektor-sektor pasca pandemik, ditambah dengan kesukaran yang telah lama dialami sektor hartanah serta isu struktur dengan cabaran penduduk menua mungkin terus membantutkan prospek pertumbuhannya, yang diunjur berada pada 5.0 peratus tahun ini dan menyederhana di bawah 5.0 peratus bagi dekad seterusnya," katanya.
Tengku Zafrul berkata pertumbuhan perlahan ekonomi China akan memberi kesan ketara kepada rakan dagangnya seperti Asean.
Beliau berkata perdagangan dua hala China-Asean menongkah arus trend yang disebabkan pandemik COVID-19, melonjak kepada US$975.3 bilion pada 2022 daripada US$641.5 bilion pada 2019.
Menyentuh risiko kemungkinan penularan krisis perbankan global, Tengku Zafrul berkata sistem perbankan pada masa ini diasak satu demi satu kejutan sejak seminggu lepas susulan kejatuhan Silicon Valley Bank California dan kemelut dihadapi Credit Suisse di Switzerland.
"Kebimbangan mengenai kemungkinan satu lagi krisis perbankan juga ketara dan menyebabkan bank-bank pusat berdepan lebih banyak dilema ketika berusaha menangani inflasi sambil memastikan kestabilan kewangan tidak terjejas.
"Biarpun kemelesetan penuh sepertimana yang berlaku pada 2008 boleh dielakkan berikutan keadaan bank-bank yang lebih baik sekarang berbanding sebelumnya, kemungkinan risiko yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global, termasuk Asia, tetap ada.
"Sebagai individu yang pernah bergelar ahli perbankan, kita sedia maklum bahawa bank-bank ini adalah berteraskan kepercayaan. Sehubungan itu, adalah penting bagi bank-bank ini untuk mampu bangkit semula dan membina modal demi memastikan kestabilan dalam ekosistem perbankan global," katanya.
Tengku Zafrul berkata, dua risiko lain adalah ketegangan perhubungan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China serta risiko ketegangan geopolitik di Asia Tenggara.
Berlatarbelakang senario tersebut, beliau berkata adalah penting bagi negara-negara Asean untuk saling bekerjasama dan mengetengahkan kedudukan masing-masing sebagai stabil, mesra pelabur, komited terhadap tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat serta kuasa ekonomi yang kompetitif di Asia.
"Kita perlu berupaya mengenal pasti trend dan memanfaatkannya. Sama ada kita melakukannya secara bersama sebagai Asean atau menerusi hubungan dua hala mengikut kepentingan strategik, namun pada akhirnya kelak, kita akan dan perlu mengurus kesemua risiko ini serta bersedia untuk mengharungi cabaran masa depan," katanya.
Menyedari kepentingan itu, Tengku Zafrul berkata Asean perlu mengutamakan isu-isu terbabit demi kemajuan dan bekerjasama bagi memacu pertumbuhan perdagangan intra dan sekitar Asean.
"Ini termasuk melaksanakan pakatan dan rangka kerja perdagangan pelbagai hala seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), menghapuskan halangan untuk perdagangan dan menggalakkan perdagangan digital.
"Kita juga perlu mengenal pasti bidang pertumbuhan utama yang perlu diberikan rangsangan dan memastikan perusahaan kecil dan sederhana mendapat manfaat daripada pertumbuhan perdagangan.
"Dalam hal ini, kita turut perlu saling memanfatkan kekuatan utama masing-masing," katanya.
Tengku Zafrul berkata China menyaksikan peningkatan perdagangan tahun ke tahun dengan Asean sebanyak 15 peratus pada 2022, tahun pertama RCEP berkuat kuasa.
Beliau berharap hubungan Asean dan China perlu sentiasa berlandaskan sikap saling mempercayai dan menghormati.
"Kita amat berharap sebarang potensi perbalahan dalam kalangan kuasa besar tidak akan menular ke sempadan kita. Bagaimanapun, kita menghargai kehadiran dan komitmen mereka di rantau ini terutamanya dalam perniagaan, pelaburan dan perdagangan.
"Kita berharap agar Asia Tenggara dapat kekal sebagai zon konflik yang minimum dan menyokong kerjasama, kemakmuran dan keamanan global.
"Saya optimis bahawa, memandangkan peluang ekonomi yang luas dan belum diteroka di Asia, hubungan antara Asean dan China akan berkembang dengan kekuatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Tengku Zafrul berkata China menyaksikan peningkatan perdagangan tahun ke tahun dengan Asean sebanyak 15 peratus pada 2022, tahun pertama RCEP berkuat kuasa. - Gambar fail/ Bernama

Pinda akta, beri makanan halal kepada haiwan - Pekemas
Status halal untuk makanan haiwan-haiwan di negara ini penting seperti mana status halal makanan untuk umat Islam.

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Lawatan ke Paris kekalkan momentum, kukuhkan hubungan Malaysia, Perancis - Zambry
Malaysia akan berusaha ke arah meningkatkan lagi jalinan kerjasama dua hala dengan Perancis, terutamanya dalam sektor berkepentingan bersama.

Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.

Isu Laut China Selatan kekal jadi keutamaan - Menteri Pertahanan
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk memperhebat rundingan dengan China bagi merealisasikan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

Ahli akademik akui TNE buka peluang global ikut keperluan ASEAN terutama di Indonesia
Menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi daripada universiti terkemuka seluruh dunia, tanpa perlu tinggalkan negara asal.

APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.

APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.

Nik Nazmi ketuai delegasi ke Singapura, bincang kesan El-Nino, jerebu
Kerajaan akan memperkemas strategi dan mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara jiran, serta hubungan pelbagai hala di peringkat rantau ASEAN dalam menghadapi Monsun Barat Daya dan El Nino ini.

ADB gesa ASEAN tingkatkan kualiti hidup untuk bangunkan masyarakat berdaya tahan
Rantau ini perlu, antara lain, berusaha memastikan rakyat boleh membaca, pintar matematik dan sains, dan pemakanan lebih baik.

LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.

Kecerdasan buatan kuasa penggerak untuk pertumbuhan ekonomi ASEAN - SAS
Dalam era kemajuan teknologi yang pesat, Kecerdasan Buatan (AI) muncul sebagai penggerak di sebalik pertumbuhan dan pembangunan ekonomi ASEAN, kata SAS.