awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu benarkan 'safe travel' untuk pulih ekonomi - Prayuth

Bernama
Bernama
26/10/2021
21:13 MYT
ASEAN perlu benarkan 'safe travel' untuk pulih ekonomi - Prayuth
Prayuth berucap melalui sidang video pada Sidang Kemuncak ASEAN yang dihoskan Brunei, 26 Okt, 2021. (Foto AP)
BANGKOK: ASEAN perlu membuka kembali sempadan dan membenarkan "safe travel" untuk memulihkan ekonomi rantau ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.
Sebagai contoh, beliau berkata Thailand telah memperkenalkan projek perintis 'Phuket Sandbox' untuk menyambut kedatangan pelancong asing secara bertahap dan akan membuka lebih banyak kawasan di wilayah lain untuk pelancong antarabangsa.
"Rangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN harus diguna pakai, dengan pengiktirafan bersama vaksin dan sijil vaksin untuk memudahkan perjalanan perniagaan dan diikuti pelancongan," katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang kemuncak berkaitan melalui sidang video pada Selasa.
Prayuth berkata ASEAN harus mengelak mengambil langkah yang boleh menghalang pergerakan barangan untuk memastikan ketersambungan rantaian bekalan ketika pandemik dan menggunakan lebih banyak pasaran intra-ASEAN bagi merangsang ekonomi serantau.
Krisis COVID-19 menyebabkan rantau ini mudah terdedah kepada ancaman baharu yang di luar jangkaan, katanya.
Menurut Prayuth ASEAN harus mengukuhkan lagi kesiapsiagaan sebagai tindak balas terhadap penyakit baharu yang mungkin muncul dan memperkukuh keselamatan kesihatan awam untuk jangka panjang, termasuk melalui menggalakkan kerjasama dalam penyelidikan serta pembangunan vaksin.
"Pada masa ini, Thailand berada di landasan yang tepat dalam pembangunan vaksin COVID-19 dan negara bersedia bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain dalam hal ini," katanya.
Prayuth menegaskan komitmen Thailand untuk bersama-sama memacu Komuniti ASEAN dan menjalin integrasi serantau yang lebih luas supaya ASEAN dapat terus berfungsi sebagai penggerak utama masyarakat dan ekonomi global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Prayuth Chan o-cha
#pulih ekonomi
#buka sempadan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan