awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu kekal hubungan erat dengan AS, China - PM Anwar

Bernama
Bernama
22/09/2023
23:45 MYT
ASEAN perlu kekal hubungan erat dengan AS, China  - PM Anwar
Anwar berkata, AS telah menjadi rakan Malaysia sejak sekian lama dan ia harus lebih proaktif dalam mengekalkan hubungan diplomatik dan budaya serta ekonomi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya bagi ASEAN mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tatkala persaingan strategik kedua-dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat.
Beliau berkata ASEAN perlu mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua negara itu semasa perkumpulan serantau itu menyatakan komitmen untuk memperkukuh pemusatan.
"Dan kami telah menegaskan bahawa mereka tidak boleh mendesak kami memihak dalam perbezaan antara kedua-dua negara itu," kata beliau semasa diwawancara ketua peneraju antarabangsa CNN, Christiane Amanpour yang disiarkan di stesen penyiaran itu dari New York awal Sabtu.
Anwar berkata China adalah jiran dan negara dagangan penting kepada Malaysia, manakala AS sejak awal lagi bertanggungjawab melaksanakan pelaburan dan membantu membangunkan negara, sambil menambah bahawa Malaysia mempunyai kerjasama pertahanan terbesar dengan AS.
Beliau berkata AS telah menjadi rakan Malaysia sejak sekian lama dan ia harus lebih proaktif dalam mengekalkan hubungan diplomatik dan budaya serta ekonomi.
Mengulas mengenai Peta Standard China 2023 yang diumumkan pada malam Sidang Kemuncak G20 2023 di India, Anwar berkata beliau amat gembira dengan maklum balas yang diberikan oleh China bahawa kuasa besar itu tidak akan sesekali melakukan apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan pertelingkahan dengan rakan di rantau ini.
Perdana Menteri berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sejawatannya dari China Li Qiang serta Menteri Luar Wang Yi, dan Malaysia bersedia untuk mengadakan rundingan berhubung isu yang menimbulkan perbalahan susulan dakwaan China.
"Ia sangat menyakinkan. Dan saya bertemu beliau (Li Qiang) tiga hari lepas di Nanning. Beliau mengulangi perkara itu dan sekurang-kurangnya bagi Malaysia, saya amat berpuas hati," katanya.
Media antarabangsa melaporkan Peta Standard China 2023 turut melibatkan kawasan yang menjadi pertikaian termasuk tuntutan terhadap Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan. Ia juga termasuk kawasan maritim dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.
Mengenai dakwaan China bahawa Taiwan akan menjadi sebahagian daripada wilayahnya, Anwar berkata Malaysia sentiasa konsisten dengan dasar Satu China.
"Sebagai kedudukan dasar luar, pendirian kami ialah dasar Satu China, kami terima. Tetapi sudah tentu, kami bimbang dengan sebarang pergolakan di kawasan itu, yang akan memberi kesan buruk kepada rantau ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#Amerika Syarikat
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan