awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN pertimbang kerjasama mineral kritikal untuk pastikan keselamatan tenaga

Bernama
Bernama
27/08/2023
21:00 MYT
ASEAN pertimbang kerjasama mineral kritikal untuk pastikan keselamatan tenaga
Negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sedang mempertimbangkan kerjasama mineral kritikal bagi mengekalkan keselamatan tenaga rantau ini. - Gambar hiasan/REUTERS
JAKARTA: Negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sedang mempertimbangkan kerjasama mineral kritikal bagi mengekalkan keselamatan tenaga rantau ini, kata pegawai tertinggi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) Indonesia.
Mineral kritikal akan memainkan peranan yang sangat penting dan strategik untuk semua negara dalam menyokong peralihan tenaga daripada fosil kepada tenaga boleh diperbaharui, Agensi Berita ANTARA memetik Pengarah Pembangunan Program Mineral dan Arang Batu di kementerian itu Tri Winarno sebagai berkata.
"Mineral kritikal adalah bahan mentah untuk panel solar, turbin angin, dan industri pembuatan bateri kenderaan elektrik," katanya pada acara sampingan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) bertajuk "Mineral Kritikal: Peluang Dan Cabaran Untuk ASEAN" di Nusa Dua Bali pada Jumaat.
Beliau berkata mineral kritikal juga digunakan dalam loji tenaga baharu dan boleh diperbaharui.
Menurut Winarno, mineral kritikal mempunyai nilai yang sangat tinggi kerana sukar didapati, diekstrak dalam kuantiti yang ekonomik, dan tidak mudah digantikan dengan logam atau bahan lain.
Memandangkan kepentingan dan nilainya yang tinggi, keperluan untuk mineral kritikal akan meningkat dengan ketara, yang akan menimbulkan cabaran untuk memastikan bekalan mineral kritikal di peringkat global, katanya.
"Cabaran lain ialah bagaimana kita boleh meneroka lebih lanjut sumber mineral kritikal sedia ada dengan persekitaran geologi di rantau ASEAN," katanya.
Selain itu, cabaran lain ialah hiliran mineral, di mana negara ASEAN mesti menguasai teknologi penapisan mineral untuk menyokong hiliran bahan, tambahnya.
Oleh itu, kerjasama diperlukan untuk menyahut cabaran ini, memandangkan beberapa negara ASEAN mempunyai beberapa jenis deposit mineral.
Beliau berkata ASEAN perlu berkongsi amalan dan dasar terbaik, mengenal pasti bidang utama, dan memaksimumkan sumber asli dan rizab.
"Selain itu, bincangkan peluang untuk kerjasama serantau yang lebih besar, dengan tujuan membuka kunci potensi mineral kritikal di rantau ini," tambahnya.
--BERNAMA-ANTARA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Indonesia
#mineral
#keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan