DUNIA
ASEAN25: PBT main peranan penting laksana keputusan ASEAN - Datuk Bandar KL

Maimunah (tengah) menyertai ASEAN Cultural Parade KL Car Free Morning bersempena penganjuran ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF), ASEAN Governors Mayors Forum (AGMF) dan Meeting of Governors Mayors of ASEAN Capitals (MGMAC). - Foto: DBKL
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diterajui oleh Datuk Bandar dan Gabenor memainkan peranan penting untuk melaksanakan keputusan yang dicapai diperingkat ASEAN.
Ringkasan AI
- PBT merupakan barisan hadapan dalam merealisasikan keputusan dan pelan yang dicapai di peringkat ASEAN, termasuk Visi Komuniti ASEAN 2045 dan Deklarasi Kuala Lumpur.
- Datuk Bandar memainkan peranan penting dalam menangani isu seperti perubahan iklim, banjir, kesesakan trafik dan pengurusan sisa, menjadikan penglibatan mereka dalam dasar serantau sangat kritikal.
- Mesyuarat dan forum seperti ASUF, AGMF dan MGMAC memberi tumpuan kepada pelan tindakan SDG setempat, pendekatan berasaskan hasil, dan amalan terbaik pengurusan sisa sebagai agenda serantau.
"Pada bulan Mei kita telah lancarkan Deklarasi Kuala Lumpur dan Visi Komuniti ASEAN 2045 di peringkat kerajaan. Tetapi, siapa yang akan melaksanakan pelan ini kalau bukan Datuk Bandar dan Gabenor di peringkat pihak berkuasa tempatan.
“Oleh yang demikian, penting penglibatan Datuk Bandar dan rakyat dalam mencari kaedah untuk bantu kerajaan masing-masing melaksanakan dasar yang dicapai di peringkat ASEAN.
“Siapa yang akan ke hadapan untuk tangani isu perubahan iklim, banjir, kesesakan trafik, pokok tumbang dan sampah tidak dikutip? Datuk Bandar. Oleh itu, pada pendapat saya penglibatan Datuk-datuk Bandar dalam membuat dan melaksanakan keputusan adalah sangat penting,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
ASEAN25: PBT main peranan penting laksana keputusan ASEAN – Datuk Bandar KL
Malaysia menjadi tuan rumah penganjuran Forum Perbandaran Mampan ASEAN (ASUF), Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (AGMF), dan Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Kota ASEAN (MGMAC) dari 10 hingga 15 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.Menurut Maimunah, mesyuarat-mesyuarat berkenaan akan memberi tumpuan kepada pendekatan berasaskan hasil, perumusan Pelan Tindakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) setempat di ibu negara ASEAN, dan cadangan untuk menterjemahkan dasar Sifar Sisa kepada amalan terbaik pengurusan sisa sebagai agenda serantau.
Lanjutan itu, katanya, peranan strategik Kuala Lumpur dizahirkan melalui kepimpinan dalam perbincangan serantau berkenaan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang digariskan dalam Deklarasi Kuala Lumpur, yang membawa pendekatan berasaskan data, tindakan berimpak tinggi dan kerjasama merentasi bandar.
Agenda AWANI: Bandar dan wilayah masa depan ASEAN: Keterangkuman dan kemampanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami