awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AstraZeneca buka pusat penyelidikan vaksin

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2021
00:00 MYT
AstraZeneca buka pusat penyelidikan vaksin
Prince Charles (kiri) diberi taklimat oleh Pengerusi AstraZenaca Leif Johansson dan CEO AstraZeneca Pascal Soriot (kanan) ketika hadir di pusat penyelidikan AstraZeneca yang baharu di Kampus Biomedik Cambridge, England, 23 Nov, 2021. (Foto AP)
SYARIKAT farmaseutikal AstraZeneca membuka pusat penyelidikan yang bernilai 1 bilion pound dalam meningkatkan usaha membangunkan salah satu vaksin COVID-19 yang pertama.
Pembukaan itu turut dihadiri pewaris takhta Britain, Putera Charles yang memuji Cambridge sebagai pusat kerjasama saintifik.
Kompleks seluas 19,000 meter persegi itu terletak berhampiran Universiti Cambridge dan akan menempatkan lebih daripada 2,200 saintis penyelidikan.
Ia disertai kumpulan perniagaan yang ingin menjadikan cambridge sebagai hab penyelidikan sains hayat yang serupa dengan Lembah Silikon California bagi industri teknologi.
AstraZeneca bekerjasama dengan Universiti Oxford untuk membangunkan salah satu vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan oleh pengawal selia di UK, Kesatuan Eropah dan negara lain.
Vaksin itu juga digunakan secara meluas di puluhan negara membangun kerana AstraZeneca telah berjanji untuk mengurangkan kos jualannya kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengaut untung.
AstraZeneca dalam rancangan memohon Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk meluluskan vaksin tersebut.
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#pusat penyelidikan
#vaksin COVID-19
#Universiti Cambridge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan