awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Januari 2026.
1. Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan calon Pengerusi Perikatan Nasional akan dilantik dalam kalangan pemimpin parti itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan selewatnya minggu depan.
2. Muhyiddin tegas kekalkan perpaduan, kekuatan Bersatu
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih menerajui kepimpinan parti itu dan menyeru seluruh ahli Bersatu agar memperkukuh kerjasama serta menutup ruang perpecahan sempena Tahun Baharu 2026.
3. RM1 juta tidak lagi cukup untuk anda keluarkan duit KWSP selepas bersara?
KWSP menaikkan standard persaraan, mengetatkan syarat pengeluaran dan menetapkan penanda aras simpanan baharu — menjadikan apa yang dahulu cukup kini tidak lagi memadai untuk pengeluaran duit awal.
4. Suri rumah, penganggur didakwa cubaan membunuh suami wanita terbabit
Seorang suri rumah dan penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan cubaan membunuh suami wanita terbabit Disember lepas.
5. Insiden Kampung Sungai Baru: Remaja mengaku bersalah cederakan bekas OCPD Dang Wangi
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman di Kampung Sungai Baru.
6. MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini tiada khabar diterima mengenai kemungkinan Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali.
7. Tiga bekas wakil rakyat failkan saman pemula terhadap Speaker, DUN Perlis
Tiga bekas wakil rakyat hari ini memfailkan saman pemula terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus'sele Eizan kerana mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi kerusi yang diwakili mereka.
8. Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
Terdapat individu lain yang disyaki turut terbabit dengan rasuah berkait siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pegawai kanan Tentera Darat.
9. Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan, sekali gus mengesahkan tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.
10. Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh, Tan Sri Hasnah dilantik pengerusi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah di bawah peruntukan Seksyen 5 akta berkenaan.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita penting
#berita tumpuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan