awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AstraZeneca perlu 'kejar' penghantaran vaksin yang tertangguh - Suruhanjaya Eropah

APTN
APTN
26/03/2021
02:28 MYT
AstraZeneca perlu 'kejar' penghantaran vaksin yang tertangguh - Suruhanjaya Eropah
Ursula von der Leyen berkata syarikat itu perlu menghormati kontrak dengan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sebelum terlibat dalam mengeksport vaksin. -Gambar fail
BRUSSELS: AstraZeneca perlu 'mengejar' penghantaran vaksin COVID-19 yang tertangguh sebelum mengeksport vaksin tersebut ke bahagian lain di dunia.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata syarikat itu perlu menghormati kontrak dengan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sebelum terlibat dalam mengeksport vaksin.
"Adalah sangat baik kita memperkenalkan mekanisme itu kerana apa yang kita mahukan adalah ketelusan dan kita mewujudkan ketelusan dalam eksport yang boleh kita banggakan.
"Kita boleh berbangga dengan fakta bahawa Kesatuan Eropah adalah salah satu wilayah yang terbuka apabila melibatkan vaksin dan produk farmaseutikal.
"Kita mengajak semua orang untuk menyertai keterbukaan ini kerana kita tahu bahawa kita mempunyai rantaian bekalan di seluruh dunia yang utuh.
"Sangat penting kita kembali ke sikap keterbukaan untuk eksport. Ini adalah perkara pertama yang penting, ketelusan yang diperlukan," katanya.
EU sebelum ini mencadangkan sekatan eksport lebih ketat dalam usaha memastikan 27 negara anggotanya mempunyai lebih banyak bekalan vaksin COVID-19 bagi meningkatkan kempen vaksinasi di tengah lonjakan kes.
Walaupun langkah itu merugikan negara-negara bukan EU, matlamat Suruhanjaya Eropah dilihat bagi memaksa syarikat pengeluar vaksin, terutamanya AstraZeneca, memberikan bekalan vaksin yang dipersetujui dalam kontrak.
Suruhanjaya itu juga ingin memastikan timbal balik eksport dikuatkuasakan dengan negara-negara yang menghasilkan vaksin atau bahan mentah yang diperlukan untuk proses penghasilan vaksin.
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#mengeksport vaksin
#produk farmaseutikal
#larangan eksport
#Ursula von der Leyen
#Suruhanjaya Eropah
#Kesatuan Eropah
#vaksin
#COVID-19
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan