Skip to main content

Advertisement

Dunia

Pertahanan udara UAE pintas 9 peluru berpandu balistik, 33 dron

Fire and plumes of smoke rise from an oil facility in Fujairah, United Arab Emirates, Saturday, March 14, 2026. (AP Photo/Altaf Qadri)
Kepulan asap kelihatan daripada sebuah fasiliti minyak di Fujairah, UAE, 14 Mac 2026. (Foto AP)

ABU DHABI: Sistem pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu memintas sembilan peluru berpandu balistik dan 33 dron yang dilancarkan dari Iran, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Sejak permulaan serangan Iran, sistem pertahanan udara UAE telah memintas 294 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu jenis cruise dan 1,600 dron.

Advertisement

Serangan ini mengakibatkan enam kematian membabitkan rakyat Emiriah, Pakistan, Nepal dan Bangladesh, serta 141 kecederaan ringan dan sederhana membabitkan individu daripada pelbagai kewarganegaraan.

Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa ia kekal bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang ancaman dan akan menentang sebarang percubaan untuk menjejaskan keselamatan negara, memastikan perlindungan kedaulatan, keselamatan dan kestabilan serta menjaga kepentingan dan keupayaan nasional.

-- BERNAMA-WAM

 

 

Must Watch Video