awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Olimpik Uganda meninggal dunia, dibakar teman lelaki

Agensi
Agensi
05/09/2024
11:30 MYT
Atlet Olimpik Uganda meninggal dunia, dibakar teman lelaki
Tubuh Cheptegei dilapor melecur lebih 75 peratus dan semua organnya tidak berfungsi sejak Rabu malam. -Gambar fail/REUTERS
ATLET Olimpik dari Uganda, Rebecca Cheptegei dilapor meninggal dunia pada Khamis selepas bertarung nyawa akibat dibakar hidup-hidup oleh teman lelakinya dalam satu kejadian di Kenya pada 1 September lalu.
Berita sedih itu disahkan Ketua Jawatankuasa Olimpik Uganda, Donald Rukare selepas atlet berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan parah atas perbuatan kejam teman lelakinya.
Reuters melaporkan, tubuh Cheptegei melecur lebih 75 peratus dan semua organnya tidak berfungsi sejak Rabu malam.
Kejadian menyayat hati itu berlaku hanya beberapa minggu selepas Cheptegei menyertai maraton di Sukan Olimpik Paris, di mana dia menduduki tempat ke-44.
Sementara itu, media Kenya melaporkan kejadian serangan yang berlaku di kediamannya itu turut disaksikan salah seorang anak perempuan mangsa.
Difahamkan, polis telah menahan seorang lelaki dikenali sebagai Dickson Ndiema Marangach atas dakwaan menyimbah petrol sebelum membakar mangsa.
Pada 2021, Agnes Tirop dari Kenya ditemukan mati ditikam di rumahnya di bandar Iten, Rift Valley pada 13 Oktober.
Tirop memecah rekod dunia 10 kilometer wanita di Jerman dan memenangi pingat gangsa di Kejohanan Dunia 2017 dan 2019 dalam acara 10,000 meter.
Topic Berkaitan
#Rebecca Cheptegei
#Atlet Olimpik Uganda
#dibakar teman lelaki
#Dickson Ndiema Marangach
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan