SYDNEY: Negeri yang paling padat penduduk di Australia kini bergelut dengan pertambahan kes jangkitan COVID-19 meskipun sekatan pegerakan dikuat kuasa.
Sydney yang memasuki minggu keempat sekatan pergerakan, menyaksikan New South Wales (NSW) merekodkan 97 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 24 jam pada Khamis.
Jumlah tersebut menjadikan kes terkumpul mencecah 1,026, lapor Xinhua.
Ketua Menterinya Gladys Berejiklian menyatakan kebimbangan terhadap 29 kes yang dikesan dalam komuniti dan mengingatkan penduduk kemungkintan kes akan terus meningkat pada hujung minggu.
"Saya menjangkakan kes akan terus meningkat kerana dalam tempoh 24 jam lalu, sekurang-kurangnya 29 dari 97 kes membabitkan penularan tempatan. Pastinya jumlah kes akan meningkat dan ia bukanlah sesuatu yang kita mahukan," katanya.
Berejiklian berkata pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk "mengenakan langkah pencegahan lebih ketat" jika sekatan sedia ada gagal membendung peningkatan kes.
Sementara itu, negeri Victoria pada Jumaat merekodkan 10 kes baharu membabitkan penularan tempatan pada hari pertama sekatan pergerakan di bandar raya Melbourne.
"Anda hanya ada satu peluang untuk bertindak lebih tegas dan cepat. Jika masih menanti dan teragak-agak, anda akan ketinggalan ke perlu mara ke depan dengan lebih pantas," kata Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews.
Melbourne bakal berdepan sekatan pergerakan lebih ketat berbanding Sydney.
Victoria pada Jumaat mengumumkan bantuan kewangan sebanyak A$200 juta (kira-kira US$150 juta) yang diluluskan kerajaan pusat untuk membantu perniagaan terjejas akibat sekatan itu.
Queensland di utara NSW dan Victoria pada Jumaat mengisytiharkan Victoria sebagai kawasan penularan wabak COVID-19 dan menutup sempadan.
Pihak berkuasa Queensland turut mengesan dua kes varian Delta di tenggara negeri ini serta memberi amaran terhadap penduduk untuk mengambil "langkah berjaga-jaga".
Pemerintah pada Khamis telah melanjutkan tempoh sekatan termasuk pemakaian pelitup muka di tenggara Queensland selama seminggu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Sydney yang memasuki minggu keempat sekatan pergerakan, menyaksikan New South Wales (NSW) merekodkan 97 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 24 jam pada Khamis. - Gambar fail/REUTERS
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.