awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN: Matriks pembelajaran Tahun 4, Tingkatan 3 fokus intervensi, pengukuhan kurikulum
Lonjakan pendidikan mesti diterjemah kepada nilai, disiplin dan prestasi lebih baik - PM Anwar
Hampir 3,000 km persegi kawasan berisiko tanah runtuh dipetakan - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia tarik balik keputusan iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel

Agensi
Agensi
18/10/2022
04:28 MYT
Australia tarik balik keputusan iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel
Wong berkata keputusan menarik balik pengiktirafan itu dibuat oleh Kabinet Perdana Menteri Anthony Albanese pada Selasa. -Gambar fail/Bernama
CANBERRA: Australia pada Selasa menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh kerajaan terdahulu.
Lapor Reuters, kerajaan Australia menganggap status Baitulmuqaddis harus diselesaikan dahulu melalui rundingan damai di antara Israel dan Palestin.
Bagaimanapun, kata Menteri Luar Negeri Penny Wong, Australia akan sentiasa menjadi rakan setia Israel dan komited kepada penyelesaian dua negara di antara Israel dan Palestin demi keamanan sempadan antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, Wong berkata, kerajaan memberi komitmen semula kepada usaha antarabangsa Australia dalam mencapai kemajuan ke arah penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan.
Sebelum ini, keputusan awal untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel dibuat oleh bekas Perdana Menteri Australia, Scott Morrison pada tahun 2018.
Ia dilakukan setahun selepas bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara.
Perancangan Morrison untuk memindahkan kedutaan Australia di Tel Aviv pada 2018 tidak kesampaian apabila Morrison kalah dalam Pilihan Raya Nasional di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk berbangsa Yahudi.
Wong memberitahu wartawan keputusan Morrison pada 2018 telah menyebabkan Australia diketepikan majoriti masyarakat antarabangsa.
"Saya kesal kerana keputusan Morrison untuk bermain politik mengakibatkan kedudukan Australia berubah, dan kesusahan disebabkan oleh perubahan ini memberi kesan kepada komuniti Australia," katanya.
Wong berkata keputusan menarik balik pengiktirafan itu dibuat oleh Kabinet Perdana Menteri Anthony Albanese pada Selasa.
Gabungan pimpinan Liberal Morrison kalah dalam Pilihan Raya Umum pada Mei, mengembalikan kuasa kepada kerajaan Buruh buat kali pertama dalam sembilan tahun.
Topic Berkaitan
#Australia
#Palestin
#Israel
#Penny Wong
#Baitulmuqaddis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan