HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam telah mengeluarkan amaran mengenai risiko wabak penyakit meningokokus apabila negara Asia Tenggara itu melaporkan 24 kes, termasuk empat kematian, dalam 14 minggu pertama tahun ini, menurut harian tempatan VnExpress pada Isnin, lapor Xinhua.
Kanak-kanak di bawah 15 tahun menyumbang 46 peratus daripada jumlah kes dalam tempoh tersebut.
Advertisement
Jumlah jangkitan meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas, menurut laporan itu.
Kementerian menasihati rakyat supaya mendapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami simptom seperti demam panas, sakit kepala, loya, leher kaku atau ruam berdarah.
Pengesanan awal dan rawatan tepat pada masanya memainkan peranan penting dalam mencegah komplikasi teruk serta mengurangkan kematian, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA-XINHUA