Baitulmaqdis, kami bersamamu!

Hakim Rahman
Disember 8, 2017 07:04 MYT
Ummah Islam beramai-ramai mempamerkan solidariti mereka terhadap kekejaman Zionis dalam perarakan di Kedutaan AS di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ribuan ummat Islam berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara bagi membantah pengisytiharan Presiden Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel.
Demonstrasi Aman Selamatkan Baitulmaqdis itu menyaksikan peserta membawa sepanduk dan bendera mengutuk tindakan drastik Trump yang dianggap sebagai pencerobohan Palestin.
Sebahagian daripada peserta demonstrasi yang turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menyerahkan memorandum kepada wakil AS.
Protes berlangsung selepas solat Jumaat kira-kira 2 petang dan disertai badan bukan kerajaan (NGO)
.
Astro AWANI turut menyiarkan perarakan solidariti tersebut di www.astroawani/live-tv dan Facebook 501 Awani.
BACA: Iktiraf Baitulmaqdis: Indonesia panggil duta besar AS beri penjelasan
BACA: Kebimbangan menanti Masjid Al-Aqsa
BACA: PAU2017: Tangisan Baitulmaqdis di PWTC
#Amerika Syarikat #Baitulmaqdis #Donald Trump #intifada #Israel #kedutaan #NGO #Palestin #Pusat Dagangan Dunia Putra #solidariti #Tebing Gaza