awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar suami sebab kuat main judi 'online'

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2024
01:45 MYT
Bakar suami sebab kuat main judi 'online'
Pelaku sempat memohon maaf selepas bertindak membakar suaminya dengan menggunakan bahan api. - Foto Sinar Harian/Agensi
MOJOKERTO: Seorang isteri sanggup membakar suaminya yang juga merupakan anggota polis di kediaman mereka di Kompleks Asrama Polis Polres Mojokerto pada Sabtu.
Susulan kejadian itu, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Briptu RDW, 28, sempat dikejarkan ke hospital Kota Mojokerto, namun dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami kesan melecur yang teruk.
Menurut Ketua Polis Mojokerto Kota, AKBP Daniesl S Marunduri, siasatan menyeluruh sedang dilakukan dan siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.
"Ya, isterinya juga bertugas sebagai polis, kini penyiasat kami sedang menyelidik punca sebenar kejadian dan kronologi insiden itu secara teliti," katanya lapor media tempatan.
Dalam perkembangan terbaharu, polis mengesahkan bahawa tindakan itu dilakukan kerana suaminya suka bermain judi dalam talian.
"Wang gajinya habis malah tidak mampu untuk diberikan wang biaya kepada tiga anak mereka," katanya.
Wanita berkenaan kini telah ditahan polis dan mengalami trauma yang teruk disebabkan oleh perbuatannya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#bakar
#suami
#Judi Online
#konflik rumah tangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan