Balai polis dibaling telur oleh penunjuk perasaan Hong Kong

Astro Awani
Julai 31, 2019 04:03 MYT
Rusuhan terjadi antara polis dan penunjuk perasaan di luar balai polis Kwai Chung di Hong Kong, 31 Julai, 2019. (Foto AP)
Penunjuk perasaan turun berhimpun pada Selasa malam susulan menerima laporan mengenai rakan mereka yang ditahan yang akan dikenakan dakwaan berat kerana melakukan rusuhan.
Ratusan penunjuk perasaan berarak di jalanan di luar balai polis Kwai Chung selepas 44 rakan mereka yang ditangkap sebelumnya dikenakan tuduhan merusuh dalam protes pada Ahad malam.
Seorang lelaki dilihat dibawa masuk ke dalam balai polis selepas pergaduhan tercetus antaranya dengan penunjuk perasaan.
Media negara itu turut melaporkan, penunjuk perasaan melaungkan beberapa slogan sambil membaling telur ke arah balai polis Kwai Chung.
Polis menggunakan semburan lada bagi meleraikan mereka.
#baling telur #Hong Kong #Kwai Chung #Penunjuk perasaan #polis #protes #rusuhan