awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari
PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bali arah roboh lif kaca di tebing pantai selepas timbul pertikaian

Bernama
Bernama
24/11/2025
10:34 MYT
Bali arah roboh lif kaca di tebing pantai selepas timbul pertikaian
Lif itu mesti dirobohkan dalam tempoh enam bulan selepas pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja pembinaan pada akhir Oktober. - Gambar/ Bali Ocean Ferries
JAKARTA: Gabenor Bali mengarahkan perobohan sebuah lif kaca yang masih dalam pembinaan di tebing pantai paling terkenal di pulau itu, susulan bantahan awam selama beberapa minggu serta dapatan pelbagai pelanggaran alam sekitar dan pembinaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gabenor I Wayan Koster pada Ahad mengumumkan bahawa struktur setinggi 180 meter di pulau jiran Nusa Penida itu mesti dirobohkan dalam tempoh enam bulan selepas pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja pembinaan pada akhir Oktober berikutan ketiadaan permit dan disyaki melanggar peraturan perancangan. Kira-kira 70 peratus projek itu telah siap.
Lif berkenaan direka untuk membawa pelancong turun ke kawasan tinjau "T-Rex cliff" di Pantai Kelingking, yang tebingnya menyerupai kepala dinosaur. Ia bertujuan menawarkan laluan yang lebih selamat berbanding jalan curam yang sering mencederakan pengunjung. Namun rangka keluli putih itu menerima kecaman hebat, dengan banyak pihak berhujah bahawa ia merosakkan pemandangan ikonik kawasan berkenaan.
Koster berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas untuk melindungi alam semula jadi, budaya dan nilai sosial Bali, sambil menolak dakwaan bahawa keputusan itu tidak mesra pelaburan. Pemaju projek, PT Indonesia Kaishi Tourism Property Investment Development, perlu memulihkan kawasan berkenaan kepada keadaan asal dalam tempoh tiga bulan selepas perobohan.
Bali memerlukan pelaburan, namun ia mesti dijalankan dengan integriti dan tanggungjawab, kata Koster, sambil menambah bahawa pembangunan seharusnya melindungi Bali, bukan mengeksploitasinya. Pulau itu telah lama bergelut dengan tekanan pelancongan massa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bali
#lif kaca
#bantahan penduduk
#Nusa Penida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan