Bali gantung pembinaan lif kaca 182 meter di 'Tebing T-Rex' Pantai Kelingking

Pihak berkuasa Bali sedang menyiasat status permit pembinaan dan kesesuaian projek dengan peraturan wilayah serta risiko terhadap ekosistem marin di kawasan Pantai Kelingking. -Foto Bali Ocean Ferries
DENPASAR: Pihak berkuasa Bali telah menggantung pembinaan lif kaca setinggi 182 meter di Pantai Kelingking, Nusa Penida, susulan bantahan penduduk tempatan dan pelancong yang bimbang terhadap kesan alam sekitar serta keselamatan struktur berkenaan.
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa Bali menggantung pembinaan lif kaca setinggi 182 meter di Pantai Kelingking, Nusa Penida disebabkan bantahan penduduk tempatan dan pelancong yang risau kesan alam serta keselamatan struktur.
- Projek lif yang dibangunkan oleh syarikat China bertujuan memudahkan pelancong turun ke pantai dari 'Tebing T-Rex' namun gambar-gambar tiang logam menimbulkan kontroversi di media sosial.
- Pihak berkuasa Bali sedang menyiasat status permit pembinaan dan kesesuaian projek dengan peraturan wilayah serta risiko terhadap ekosistem marin di kawasan Pantai Kelingking.
Menurut pihak berkuasa, projek berkenaan didapati tidak memiliki beberapa permit penting termasuk untuk mitigasi bencana, keselamatan kerja dan pelan reka bentuk berunsur seni bina Bali seperti yang ditetapkan dalam peraturan wilayah.
Ahli parlimen tempatan dan aktivis alam sekitar turut membangkitkan isu pelanggaran undang-undang guna tanah dan zon pantai, selain risiko terhadap ekosistem marin di kawasan berkenaan.
Pihak berkuasa Bali memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap status permit pembinaan dan kesesuaian projek tersebut dengan pelan pemuliharaan kawasan pelancongan.
Pantai Kelingking sebelum ini terkenal sebagai destinasi pelancongan semula jadi yang menawarkan pemandangan dramatik tebing berbentuk dinosaur menghadap laut biru turquoise.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama pembinaan lif kaca setinggi 182 meter di Pantai Kelingking digantung? A: Pembinaan lif tersebut digantung susulan bantahan penduduk tempatan dan pelancong yang bimbang terhadap kesan alam sekitar serta keselamatan struktur berkenaan.
- Q: Mengapakah gambar-gambar tiang logam yang menembusi tebing di Pantai Kelingking mencetuskan kemarahan ramai? A: Gambar-gambar tersebut mencetuskan kemarahan ramai kerana ramai yang menyifatkan projek itu sebagai mencemarkan warisan semula jadi pulau Bali.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Bali berhubung dengan projek pembinaan lif di Pantai Kelingking? A: Pihak berkuasa Bali telah menggantung pembinaan lif tersebut dan sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap status permit pembinaan dan kesesuaian projek tersebut dengan pelan pemuliharaan kawasan pelancongan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

