awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku
Pasukan pengaman PBB lapor tembakan Israel di selatan Lubnan
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun

Bernama
Bernama
03/01/2026
01:45 MYT
Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan manakala Johor menurun dengan keseluruhan mangsa sebanyak 1,538 orang pada pagi ini. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan manakala Johor menurun dengan keseluruhan mangsa sebanyak 1,538 orang pada pagi ini.
Di PAHANG, portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, jumlah mangsa di Raub meningkat kepada 83 orang daripada 17 keluarga berbanding 74 orang daripada 15 keluarga petang semalam, dengan mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Ulu Atok.
Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bacaan paras air di stesen sungai utama di seluruh Pahang masih di bawah paras bahaya.
Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, jumlah mangsa meningkat kepada 1,343 orang daripada 342 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 1,320 orang daripada 338 keluarga malam tadi.
Peningkatan mangsa direkodkan di PPS Masjid Darul Istiqlaal, Kuching dan PPS SJKC Chung Hwa, Lawas manakala jumlah di sembilan lagi PPS kekal, iaitu di Dewan Masyarakat Stapok, Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru dan Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu.
PPS lain ialah Dewan Surau Nurul Najhin Stapok, Dewan Serbaguna Taman Malihah, SJK Chung Hua Sungai Tengah, SJK Chung Hua Batu Kawa, Dewan Suarah Kota Samarahan dan Dewan Masyarakat Trusan.
Sementara itu di JOHOR, Pengerusi JPBN Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, sebanyak 112 orang daripada 31 keluarga masih berada di lima PPS di Segamat, menurun berbanding 134 orang daripada 36 keluarga semalam.
PPS Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 40 orang daripada 12 keluarga, Dewan Serbaguna Kampung Tasek (18 orang, lima keluarga), Balai Raya Kampung Sanglang (14 orang, empat keluarga), Balai Raya Kuala Paya (23 orang, lima keluarga) dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong (17 orang, lima keluarga).
"Setakat pagi ini, tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia namun, daerah Segamat dilaporkan hujan manakala Johor Bahru dan Mersing mendung," katanya.
Beliau berkata, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat melepasi paras bahaya dengan bacaan 8.53 meter manakala Sungai Tekam di Jeti Sungai Tekam berada pada paras amaran dengan bacaan 3.99 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#JPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan