Hakim mahkamah Michigan mengarahkan tiga daripada lima remaja jalani pemeriksaan mental selepas mereka didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki.

Pemeriksaan itu dijangka akan melengahkan pendengaran kes tersebut hingga 11 Januari depan.

Kelima-lima remaja itu didakwa membunuh Ken White tanpa niat.

White terbunuh selepas terkena sebutir batu yang dibaling kumpulan remaja itu dari laluan atas Lebuhraya 1-75 di Wilayah Genesee melepasi cermin depan van yang dinaikinya pada 18 Oktober lepas.

White merupakan penumpang van itu ketika kejadian.

Hakim mengarahkan pemeriksaan mental dijalankan ke atas Kyle Anger, 18; Mark Sekelsky, 16 dan Trevor Gray, 15.

Hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat lebih 20 ketulan batu di laluan atas Lebuhraya 1-75 itu yang terletak 130 kilometer utara Detroit.

Beberapa kenderaan lain turut alami kerosakan akibat perbuatan kumpulan remaja itu.