awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bandar pelabuhan Ecuador dilanda siri serangan bom

Bernama
Bernama
15/04/2023
07:12 MYT
Bandar pelabuhan Ecuador dilanda siri serangan bom
Sekurang-kurangnya tiga serangan bom berlaku di bandar pelabuhan Guayaquil di Ecuador antara malam Khamis dan awal pagi Jumaat, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -Google Earth
QUITO: Sekurang-kurangnya tiga serangan bom berlaku di bandar pelabuhan Guayaquil di Ecuador antara malam Khamis dan awal pagi Jumaat, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lapor Xinhua memetik Polis Negara pada Jumaat.
Pengarah Perisikan Polis Jeneral Alain Luna berkata: "walaupun serangan itu letupan kecil namun ia mencetuskan huru-hara."
Tiga letupan itu berlaku di Alborada, Pascuales dan di kawasan pusat bandar bandar kedua paling ramai penduduk di negara itu dan di pusat perindustrian.
Serangan itu berlaku beberapa jam selepas kedutaan Amerika Syarikat di Ecuador mengeluarkan amaran keselamatan ke atas Guayaquil selepas menerima maklumat bahawa penjenayah mungkin merancang pengeboman di sekitar bandar itu pada malam Khamis.
Presiden Ecuador Guillermo Lasso pada Khamis menggesa polis bertindak tegas dan menggunakan senjata, di tengah-tengah gelombang keganasan dan jenayah yang disifatkan jenayah terancang dikaitkan dengan pengedaran dadah.
Awal bulan ini, kerajaan membenarkan orang awam memiliki dan membawa senjata untuk mempertahankan diri selain menggunakan semburan lada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#bandar pelabuhan Guayaquil
#Ecuador
#Guillermo Lasso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan