Bangkai nahas helikopter di East River dibawa keluar

Agensi
Mac 12, 2018 21:57 MYT
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) melaporkan bangkai berkenaan dibawa ke fasiliti khas untuk pemeriksaan lanjut.
Bangkai helikopter yang terhempas di East River, New York pada Ahad yang mengorbankan lima nyawa dibawa keluar dari sungai tersebut.
Menerusi satu entri di Twitter, pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) melaporkan bangkai berkenaan dibawa ke fasiliti khas untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut laporan, juruterbang sempat memaklumkan kepada transmisi radio kecemasan bahawa berlaku kegagalan pada enjin helikopter tersebut.
BACA: Lima maut, juruterbang terselamat nahas helikopter di New York
Juruterbang tersebut berjaya menyelamatkan diri dan diselamatkan oleh kapal tunda.
#east river #helikopter #New York #NTSB #terhempas