awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai sotong gergasi terdampar di pantai

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2022
00:20 MYT
Bangkai sotong gergasi terdampar di pantai
Bangkai sotong gergasi ditemui terdampar di sebuah pantai dekat Cape Town baru-baru ini. - Foto Instagram/@alipaulusape
CAPE TOWN: Bangkai sotong gergasi ditemui terdampar di sebuah pantai dekat Cape Town, Afrika Selatan baru-baru ini.
Penemuan itu telah disiarkan di Instagram oleh Alison Paulus yang menunjukkan bangkai tersebut terdampar di pantai berkenaan.
Gambar- gambar yang disiarkan itu menunjukkan haiwan tersebut bersaiz berkali ganda tinggi daripada saiz sotong biasa.
Paulus ialah seorang penduduk Cape Town dan pengasas organisasi pemuliharaan hidupan liar iaitu Volunteer and Explore.
Dia memberitahu Live Science bahawa bangkai sotong itu sepanjang kira-kira 2.2 meter.
Namun, katanya, jika diukur sehingga ke sesungut, panjang hidupan laut itu akan bertambah sehingga 3.5 meter.
Jon Friedman iaitu seorang pegawai hidupan liar dari Persatuan Menghalang Kekejaman Haiwan Tanjung Pengharapan (SPCA) memberitahu sotong tersebut ialah betina dan berumur kira-kira dua tahun.
Menurutnya, berdasarkan kepada luka yang terdapat pada bangkai haiwan itu, ia dipercayai mati selepas dilanggar oleh kapal di laut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#sotong gergasi
#bangkai
#Pantai
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan