awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkok dilanda banjir akibat hujan lebat sejak minggu lepas

Bernama
Bernama
13/09/2022
16:08 MYT
Bangkok dilanda banjir akibat hujan lebat sejak minggu lepas
Angin monsun Barat Daya dan angin kencang yang bertiup dari Teluk dan Laut Andaman turut mempengaruhi hujan lebat dan banjir di banyak kawasan rendah. - Gambar/ Twitter @drslump000
BANGKOK: Hujan paling lebat yang dicatatkan dalam tempoh dua dekad sejak minggu lalu mencetuskan banjir di banyak kawasan rendah dan jalan-jalan di Bangkok, terutamanya di kawasan sepanjang sungai dan terusan, dengan hujan lebat diramalkan berterusan di seluruh negara sehingga Ahad ini.
Jabatan Meteorologi Thai dalam satu kenyataan berkata orang ramai dinasihatkan agar berwaspada kerana hujan lebat tanpa henti boleh mencetuskan banjir kilat dan limpahan air terutamanya di kawasan laluan air, kaki bukit dan kawasan rendah.
Petugas Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) dilihat telah memulakan kerja-kerja pembersihan di sepanjang sungai dan terusan, dan berusaha mengalirkan air yang bertakung.
Orang ramai yang berada di kawasan yang rendah kelihatan sibuk membuat penghadang dan menimbun guni pasir di hadapan pintu masuk kedai dan kediaman masing-masing bagi mengurangkan risiko kerugian akibat banjir.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Anupong Paochinda berkata angin monsun Barat Daya dan angin kencang yang bertiup dari Teluk dan Laut Andaman turut mempengaruhi hujan lebat dan banjir di banyak kawasan rendah.
"Sejak 1 September, 31 wilayah terjejas dengan banjir kilat diikuti hujan lebat dan paras air sungai yang meningkat," katanya.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Varawut Silpa-archa memberi jaminan kejadian banjir pada 2011 yang melumpuhkan banyak kawasan tidak akan berulang.
Beliau berkata pihak berkuasa sentiasa memantau keadaan dengan teliti dan melakukan yang terbaik untuk menanganinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#banjir
#hujan lebat
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan