awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkok kota ular?

Agensi
Agensi
02/09/2022
03:54 MYT
Bangkok kota ular?
Bangkok yang juga ibu negara Thailand dilaporkan terkenal dengan kehadiran ular. - Gambar hiasan dari Facebook
BANGKOK: Selain makanan, salah satu tarikan utama di Bangkok ialah keunikan kuil yang ada di sana.
Selain itu, ibu negara Thailand yang memiliki lebih lapan juta penduduk itu juga dilaporkan terkenal dengan kehadiran ular.
Untuk rekod, petugas talian kecemasan di negara itu menerima panggilan daripada orang awam untuk menangkap atau mengalihkan ular setiap 15 minit dalam sehari.
Jika ada yang beranggapan talian kecemasan lazimnya menerima permintaan untuk memadam api kebakaran, kemalangan atau bantuan kesihatan, tanggapan itu harus dibetulkan kerana masalah kehadiran ular di Bangkok dilaporkan semakin membimbangkan.
Baru-baru ini, penduduk di daerah Din Daeng heboh selepas kehadiran ular besar yang melingkar di sebatang pokok.
Kejadian itu membuatkan penduduk dibelenggu ketakutan.
Percaya atau tidak, petugas yang mengendalikan panggilan kecemasan memberitahu mereka menerima lebih kurang 200 panggilan meminta bantuan untuk mengalihkan tebuan dan biawak dengan sebahagian besar daripada jumlah panggilan berkaitan dengan penemuan ular.
Pasukan keselamatan yang datang memberi bantuan akan menangkap ular-ular itu dan meletakannya di dalam sebuah kandang sebelum dibawa ke Jabatan Hidupan Liar untuk dilepaskan ke hutan atau kawasan luar bandar.
Menurut laporan Thaiger, sebanyak 90 peratus kes ular sesat di Bangkok berjaya diselamatkan manakala sekitar 3,000 hingga 6,000 ular masih berkeliaran.
Zoo di Bangkok juga menganggarkan terdapat hampir 1,000 ekor ular di 50 daerah di Bangkok yang mencari tempat berlindung.
Difahamkann, peratusan jumlah ular yang berjaya ditangkap adalah 10 peratus spesies sawa manakala 90 peratus lagi spesies Boa.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#ular
#haiwan berbisa
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan