Bangladesh catat 1,147 kes denggi dalam tempoh 24 jam

Demam denggi yang lazimnya berlaku pada musim tengkujuh di Bangladesh, kini melebihi tempoh biasa antara Jun hingga September. - Gambar hiasan
DHAKA: Bangladesh melaporkan 1,147 kes demam denggi baharu dan lima kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Isnin, lapor Xinhua.
Menurut data kementerian, sebanyak 2,960 kes denggi direkodkan setakat ini bagi November, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 72,822 kes dengan 288 kematian tahun ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


