awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh gesa tekanan atas Myanmar hantar pulang pelarian Rohingya

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2018
23:53 MYT
Bangladesh gesa tekanan atas Myanmar hantar pulang pelarian Rohingya
Pelarian Rohingya di kem Kutupalong, Bangladesh, tinggal dalam keadaan tidak menentu selepas meninggalkan Myanmar setahun yang lalu, lari dari keganasan yang berlaku di negara mereka, Ogos, 2018. (AP Photo/Fail)
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina pada Ahad menggesa komuniti antarabangsa, termasuk Bank Pembangunan Islam (IDB) untuk meningkatkan tekanan kepada Myanmar, bagi memastikan penghantaran pulang beratus ribu etnik Rohingya ke negara itu.
Menurutnya, walaupun wujud kesan negatif terhadap sumber, ekologi dan penduduk tempatan, pihaknya membuka sempadan untuk memberi perlindungan kepada sejumlah besar pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan.
Justeru, katanya ketika berucap merasmikan Hab IDB Serantau di sini, Bangladesh berhak menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah-langkah tertentu dalam mendesak Myanmar melaksanakan perjanjian itu.
Lebih 700,000 Rohingya secara berduyun-duyun menyeberangi sempadan negara jiran Bangladesh sejak Ogos tahun lalu, selepas pelbagai siri keganasan terhadap mereka.
Pada November lalu, Myanmar dan Bangladesh mencapai persetujuan untuk membuka jalan kepada penghantaran pulang yang akan dimulakan dalam tempoh dua bulan.
Bagaimanapun, prosesnya tidak pernah bermula.
Sebaliknya, Rohingya terus ditindas dan kekal melarikan diri menyeberangi sempadan, termasuk ke Bangladesh dan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Bank Pembangunan Islam
#Malaysia
#Myanmar
#pelarian
#penghantaran pulang
#Perdana Menteri
#perjanjian
#perlindungan
#Rohingya
#Sheikh Hasina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan