awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander

Bernama
Bernama
03/02/2026
06:30 MYT
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
Alexander berkata, kenyataan beliau itu perlu difahami dalam konteks yang menyeluruh bukannya untuk ditafsir secara literal atau dijadikan bahan polemik politik. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa ungkapan "cerai" digunakan beliau dalam satu podcast minggu lepas bukan bermotifkan politik, sebaliknya hanya kiasan dengan mesej agar semua pihak menghentikan perbalahan dan kembali hidup dalam keharmonian.

Ringkasan AI
  • Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan bahawa penggunaan ungkapan "cerai" dalam podcast beliau minggu lepas adalah kiasan untuk menggalakkan semua pihak kembali hidup dalam keharmonian.
  • Alexander menegaskan bahawa kenyataannya perlu difahami dalam konteks yang lebih luas untuk memperbaiki ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, serta menghentikan perbalahan yang merugikan.
  • Beliau menyatakan bahawa kritikan terhadap kenyataannya adalah hasil daripada tafsiran yang berbeza dan beliau hanya bercakap secara spontan tanpa niat politik.

Alexander yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata kenyataan beliau itu perlu difahami dalam konteks yang menyeluruh bukannya untuk ditafsir secara literal atau dijadikan bahan polemik politik.
Beliau berkata ungkapan itu adalah kiasan secara spontan untuk mengajak semua pihak memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki pengurusan ekonomi negara serta kesejahteraan hidup rakyat dan menghentikan perbalahan yang merugikan.
"Saya tidak pernah berniat mengatakan kita mahu 'bercerai'. Ia sekadar satu ungkapan untuk menyeru supaya kita hidup dalam harmoni, hidup dalam keamanan dan fokus kepada apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan rakyat.
"Saya turut menyatakan saya mahu melindungi Malaysia, itulah intinya. Tetapi orang lebih suka memetik bahagian yang lain, apa boleh buat. Setiap orang ada cara berfikir masing-masing. Itu kebebasan bersuara.
"Mereka mentafsirnya dalam pelbagai cara...ada yang kata ia modal politik. Itu terpulang kepada mereka. Bagi saya, saya bercakap secara spontan," kata Ahli Parlimen Kapit itu ketika mengulas kritikan terhadap kenyataan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembina Penjara Sibu, Sarawak, di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya di sini hari ini.
Baru-baru ini, ketika menjadi tetamu sesi podcast terbitan sebuah radio berbahasa Inggeris, Alexander menggunakan ungkapan "cerai" dalam perbincangan mengenai kedudukan Sarawak dalam Malaysia.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun mengundang kritikan daripada beberapa pemimpin dan pemerhati politik yang menyifatkan kenyataan Alexander itu sebagai tidak wajar dan tidak membina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#cerai
#Sarawak
#perpaduan kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan