awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands
MALAYSIA
Bayi tiga bulan maut tertindih lengan bapa meninggal dunia kena serangan jantung
DUNIA
Menteri Luar Jerman, Perancis, UK akan bertemu Menteri Luar Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

'Bangsa Iran tidak akan pernah menyerah'- Ayatollah Ali Khamenei

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2025
04:45 MYT
'Bangsa Iran tidak akan pernah menyerah'- Ayatollah Ali Khamenei
Khamenei menegaskan Iran tidak akan menyerah dan memberi amaran kepada AS agar tidak campur tangan. - Gambar fail
TEHERAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan sesekali menyerah ketika Iran melancarkan gelombang serangan baharu menggunakan peluru berpandu hipersonik ke atas Israel dalam hari keenam peperangan antara dua musuh lama itu.

Ringkasan AI
  • Iran terus melancarkan serangan ke atas Israel termasuk peluru berpandu hipersonik Fattah, sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas ibu pejabat keselamatan di Teheran. Khamenei menegaskan Iran tidak akan menyerah dan memberi amaran kepada AS agar tidak campur tangan.
  • Ketegangan global meningkat, dengan AS mempertimbangkan penyertaan ketenteraan dan Trump memberi amaran kepada kepimpinan Iran. Netanyahu menyokong Trump, manakala Putin mencadangkan rundingan damai sambil menyokong hak Iran terhadap program nuklear awam.
  • Iran mengetatkan sekatan internet di dalam negara bagi mengawal maklumat ketika konflik memuncak, sambil menegaskan serangan mereka hanya menyasarkan Israel dan bukannya negara sekutu.

Serangan peluru berpandu terbaharu itu berlaku hanya beberapa jam selepas Israel mendakwa telah memusnahkan ibu pejabat keselamatan dalaman Iran di Teheran, selain melancarkan satu lagi siri serangan ke atas sistem peluru berpandu dan tapak simpanan senjata di wilayah barat negara tersebut.
Dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen, Khamenei turut memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat agar tidak campur tangan secara langsung dalam konflik berkenaan.
Ini susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menggesa ‘penyerahan tanpa syarat’ daripada Teheran.
“Bangsa ini tidak akan pernah menyerah. Amerika harus sedar bahawa sebarang campur tangan ketenteraan akan membawa kepada kerosakan yang tidak dapat diperbaiki,” kata Khamenei.
Televisyen negara Iran melaporkan bahawa peluru berpandu hipersonik jenis Fattah telah dilancarkan, manakala Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) turut mengumumkan pelancaran peluru berpandu jarak jauh kelas berat.
Seorang pegawai tentera Israel yang enggan dinamakan berkata, Iran telah melancarkan kira-kira 400 peluru berpandu balistik dan 1,000 dron sejak Jumaat lalu. Sekurang-kurangnya 20 peluru berpandu dilaporkan mengenai kawasan awam di Israel, katanya.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, sebelum itu mengesahkan bahawa pesawat pejuang Israel telah memusnahkan ibu pejabat keselamatan dalaman Iran. Wartawan AFP di Teheran turut melaporkan beberapa letupan kuat di seluruh ibu kota.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah badan pemantau internet berpangkalan di London melaporkan berlaku gangguan hampir total terhadap capaian internet di seluruh Iran pada Rabu, susulan gangguan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Agensi berita Fars kemudian melaporkan bahawa Iran mengenakan sekatan internet yang lebih ketat bagi mengekang penyalahgunaan ruang siber ketika konflik. Sekatan awal telah bermula sejurus Israel melancarkan kempen ketenteraan minggu lalu.
Presiden Donald Trump terus mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan penglibatan Amerika Syarikat dalam perang, dengan menyatakan pada Rabu bahawa kesabarannya terhadap Iran telah “habis”, namun masih membuka ruang untuk rundingan.
Beliau turut memberitahu media di Rumah Putih bahawa beliau belum membuat keputusan sama ada akan menyertai Israel dalam mengebom Iran, sambil memberi amaran bahawa kepimpinan Iran mungkin akan jatuh akibat peperangan ini.
Trump pada hari sebelumnya pernah menyatakan bahawa Amerika Syarikat boleh membunuh Khamenei, namun tidak akan berbuat demikian “sekurang-kurangnya buat masa ini”.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam kenyataan pada hari yang sama, mengucapkan terima kasih kepada Trump atas sokongan mempertahankan ruang udara Israel dan menyifatkannya sebagai ‘sahabat sejati Israel’.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dalam satu kenyataan di platform X menegaskan bahawa Iran tetap komited kepada diplomasi walaupun bertindak dalam kerangka mempertahankan diri.
“Iran setakat ini hanya membalas terhadap rejim Israel dan bukan terhadap negara-negara yang menyokong atau bersekongkol dengannya,” katanya.
Presiden Rusia, Vladimir Putin pula menyatakan pada Khamis bahawa satu perjanjian damai mungkin boleh dicapai bagi menjamin keselamatan Israel dan pada masa sama menghormati hak Iran untuk memiliki program nuklear awam.
“Saya percaya kita semua harus mencari jalan untuk menghentikan pertumpahan darah ini dan membantu pihak-pihak terlibat mencari kata sepakat,” kata Putin dalam satu acara yang disiarkan secara langsung bersama wartawan asing.
Beliau turut menegaskan bahawa Iran tidak meminta bantuan ketenteraan daripada Rusia. - Agensi via Sinar Harian
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#Ayatollah Ali Khamenei
#campur tangan Amerika Syarikat
#Donald Trump
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami