DUNIA
Bangunan industri di Singapura terbakar, pelajar dan pekerja dipindahkan

Petugas SCDF memadamkan kebakaran di bangunan industri dua tingkat di 18 Tampines Street 92, Singapura. -Facebook SCDF
SINGAPURA: Satu kebakaran besar dilapor berlaku di sebuah bangunan industri dua tingkat di 18 Tampines Street 92, Singapura pada petang Jumaat.
Ringkasan AI
- Kebakaran besar berlaku di bangunan industri dua tingkat di 18 Tampines Street 92, Singapura, dengan SCDF mengerahkan pasukan pemadam kebakaran ke lokasi.
- Bangunan tersebut menempatkan beberapa perniagaan, termasuk TC Homeplus, dan seorang pekerja mengalami kecederaan ringan tetapi menolak untuk dihantar ke hospital.
- Kebakaran kini berada dalam keadaan terkawal, namun struktur bangunan dinilai sebagai tidak stabil, dan siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.
Lima pancutan air digunakan dalam operasi pemadaman api, selain bantuan daripada mesin pemadam kebakaran tanpa pemandu serta monitor udara dari tangga platform gabungan.
Bangunan yang terbakar itu dipercayai menempatkan beberapa perniagaan, termasuk TC Homeplus, sebuah syarikat yang mengedar barangan rumah dan tekstil.
Seorang pekerja mengalami kecederaan ringan di lengan, tetapi menolak untuk dihantar ke hospital, lapor media tempatan.
"Asap tebal yang berpunca daripada kebakaran itu dapat dilihat dari kawasan Bedok, Simei, dan Changi General Hospital, menyebabkan penduduk sekitar bimbang akan kesan pencemaran udara," kata seorang pegawai SCDF.
Pelajar dari Middleton International School, yang terletak berhampiran lokasi kejadian, turut diarahkan keluar sebagai langkah keselamatan.
"Semua pelajar dan staf telah dipindahkan dengan selamat, dan kami sedang bekerjasama rapat dengan SCDF serta pihak berkuasa lain," ujar wakil daripada EtonHouse, pengendali sekolah tersebut.
SCDF mengesahkan bahawa kebakaran kini berada dalam keadaan terkawal, namun struktur bangunan dinilai sebagai tidak stabil, dan siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami