awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir besar di Bali ragut 18 nyawa, ratusan bangunan rosak

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2025
07:00 MYT
Banjir besar di Bali ragut 18 nyawa, ratusan bangunan rosak
Sekurang-kurangnya 18 maut dalam banjir besar di Bali, dengan korban tertinggi di Denpasar dan dua mangsa masih hilang. -Foto Basarnas/AP
DENPASAR: Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir besar yang melanda beberapa wilayah di Bali sejak awal pagi Rabu, menurut Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Bali.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 18 maut dalam banjir besar di Bali, dengan korban tertinggi di Denpasar dan dua mangsa masih hilang.
  • Banjir dan tanah runtuh berlaku di ratusan lokasi, menyebabkan kerosakan lebih RM7 juta serta pemindahan lebih 400 mangsa ke pusat sementara.
  • Perkhidmatan pembersihan dan pemulihan infrastruktur sedang giat dijalankan, dengan bantuan kecemasan terus disalurkan kepada mangsa terjejas.

Ketua Operasi BPBD Bali, I Gede Agung Teja Bhusana Yadnya berkata jumlah korban tertinggi direkodkan di Kota Denpasar dengan 12 kematian, diikuti Gianyar (3), Jembrana (2) dan Badung (1).
Dua lagi mangsa masih dalam pencarian oleh pasukan SAR gabungan.
“Banjir berlaku di 163 titik, tanah runtuh di 64 lokasi, pokok tumbang di 35 tempat, dua jambatan putus dan tiga jalan rosak,” katanya dalam satu kenyataan.
Listeners! Banjir yang melanda sejumlah daerah di Provinsi Bali, Rabu (10/09), merupakan yang terparah dalam satu dekade terakhir, kata Kepala Pelaksana BPBD Bali, I Gede Agung Teja Bhusana Yadnya. Banjir tersebut menyebabkan sejumlah orang meninggal #MGTRADIO #MGTNewsUpdate pic.twitter.com/iDryFEM75J
— 101.1 MGTRADIO Bandung (@MGT_RADIO) September 12, 2025
Antara kawasan paling terjejas ialah Jalan Sulawesi dan Pasar Kumbasari di Denpasar, dengan anggaran kerugian mencecah lebih RM7 juta.
Secara keseluruhan, BPBD menganggarkan kerosakan terhadap 514 unit bangunan bernilai lebih Rp28.9 bilion (kira-kira RM7.4 juta).
Catastrophic rains in Bali left streets underwater and rivers overflowing, with more than 15 inches falling in just 24 hours and deadly floods sweeping the island. pic.twitter.com/mtHSovWUgY
— AccuWeather (@accuweather) September 11, 2025
Tabanan mencatatkan kejadian tanah runtuh tertinggi dengan 43 titik, manakala Karangasem mengalami kerosakan tembok paling banyak iaitu 11 lokasi.
Pusat pemindahan sementara turut dibuka di Denpasar dan Jembrana, menempatkan lebih 400 mangsa yang terpaksa berpindah.
Pihak berkuasa kini giat menjalankan operasi pembersihan dan pemulihan infrastruktur, selain menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa terjejas.
Topic Berkaitan
#Bali
#banjir
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan