awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir besar tenggelamkan bandar Pakistan, beribu-ribu penduduk dipindahkan

Bernama
Bernama
17/07/2025
15:07 MYT
Banjir besar tenggelamkan bandar Pakistan, beribu-ribu penduduk dipindahkan
Diramalkan lebih banyak hujan lebat pada Julai dan Ogos, menyebabkan sungai melimpah, banjir kilat dan kawasan rendah ditenggelami air. - Reuters
ISLAMABAD: Pasukan penyelamat dan anggota tentera di Pakistan pada Khamis giat memindahkan ribuan penduduk dari kawasan banjir selepas beberapa jam hujan lebat menenggelamkan bandar utama, hingga menyebabkan lebih 50 kematian, menurut laporan agensi berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan pihak berkuasa.
Kira-kira 15,000 petugas penyelamat dengan sokongan helikopter tentera dan 800 bot bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa dari kampung dan bandar yang dinaiki air di wilayah tengah Punjab, menurut jurucakap jabatan penyelamat Farooq Ahmad.
Situasi paling kritikal berlaku di Rawalpindi, berhampiran ibu negara Islamabad dan helikopter digunakan untuk menyelamatkan individu yang terperangkap di atas bumbung rumah setelah air sungai melimpah ke kawasan perumahan, kata Ahmad.
Setakat ini, 54 orang dilaporkan maut dalam 24 jam lepas akibat hujan dan banjir, menjadikan jumlah kematian sejak akhir Jun kepada 180 orang, menurut agensi bencana kebangsaan.
Kebanyakan kematian berlaku akibat runtuhan tembok dan bumbung, apabila struktur lama mula roboh selepas berminggu-minggu hujan monsun yang berterusan.
Jabatan meteorologi memberi amaran, lebih banyak hujan lebat dijangka pada Julai dan Ogos, akan menyebabkan sungai melimpah, banjir kilat dan kawasan rendah ditenggelami air.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pakistan, dengan populasi melebihi 240 juta menjadi antara negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim.
Setiap tahun, ratusan nyawa terkorban akibat bencana berkaitan iklim di negara itu, dengan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal dan sumber mata pencarian.
Pada 2022, banjir luar biasa mengorbankan lebih 2,000 nyawa, menenggelamkan sepertiga Pakistan dan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$40 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#Pakistan
#usaha menyelamat
#penduduk dipindahkan
#kediaman musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan