awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
Penuntut UTHM maut, empat rakan cedera kereta terbabas
Penduduk Asia Tenggara kini gemar makan ubi kentang dengan pengeluaran, penggunaan meningkat

Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut

Bernama
Bernama
01/02/2026
09:00 MYT
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Ar Riyadah Residence hari ini. - Foto Bernama
KUALA NERUS: Terengganu tidak merekodkan kes bunuh dan samun bersenjata api bagi tempoh 2024 serta 2025, sekali gus membuktikan keselamatan negeri pada tahap baik dan terkawal, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin.
Beliau berkata pencapaian itu menunjukkan keberkesanan usaha serta komitmen seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dalam mengekang jenayah dan melaksanakan pendekatan kepolisan komuniti di setiap daerah.
"Pencapaian itu membuktikan Terengganu boleh dikategorikan sebagai sebuah negeri yang selamat," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Terengganu di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Khairi berkata kes rogol dan sumbang mahram mencatatkan peningkatan dengan 94 kes direkodkan pada 2025 berbanding 90 kes pada tahun sebelumnya.
"Kebanyakan mangsa ialah remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun serta peningkatan itu dipercayai dipengaruhi pendedahan kepada pornografi serta media sosial termasuk kandungan tidak bermoral dan perkenalan melalui aplikasi sembang yang membawa kepada pertemuan fizikal," katanya.
Mohd Khairi berkata kes kecurian masih menjadi penyumbang tertinggi jenayah di Terengganu termasuk kecurian kabel dan besi.
"Namun kes itu menunjukkan penurunan daripada 741 kes pada 2024 kepada 674 kes pada 2025. Kes kecurian dan pecah rumah masih berlaku tetapi dalam keadaan terkawal," katanya.
Beliau berkata cabaran utama kini ialah jenayah komersial yang semakin membimbangkan dan lebih kritikal apabila kes penipuan, khususnya dalam talian yang berlaku hampir setiap hari dan sering melibatkan pesara.
Berdasarkan statistik kes jenayah komersial, beliau berkata sepanjang 2024 sebanyak 1,335 kes dilaporkan manakala bagi 2025 pula 2,046 kes, iaitu meningkat 53.25 peratus.
Dalam pada itu, Mohd Khairi menyatakan dari segi penyelesaian kes, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu berada pada kedudukan ketujuh daripada 14 kontinjen dengan kadar penyelesaian kes melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan PDRM.
-- BERNAMA




Topic Berkaitan
#tiada kes bunuh
#samun bersenjata api
#Polis Terengganu
#tahap keselamatan
#Mohd Khairi Khairuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.