Banjir kilat di Manado, Sulawesi Utara pada Rabu mulai surut Khamis selepas menghanyutkan puluhan rumah dan kenderaan serta mengorbankan 13 orang dan menyebabkan 40,000 orang lagi dipindahkan ke tempat selamat.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan banjir kilat dan tanah runtuh itu, yang berlaku akibat faktor alam dan antropogenik, telah menjejaskan enam daerah di Sulawesi Utara iaitu Kota Manado, Minahasa Utara, Kota Tomohon, Minahasa, Minahasa Selatan dan Kepulauan Sangihe.
Lima orang maut di Kota Manado, lima lagi di Kota Tomohon dan tiga orang di Minahasa manakala mangsa seorang lagi dilaporkan hilang selepas dihanyutkan air deras di Kota Manado.
"Hujan lebat akibat sistem tekanan rendah di perairan selatan Filipina menyebabkan berlakunya pembentukan awan intensif. Selain itu, adanya tumpuan kesan daripada tekanan rendah di utara Australia sehingga awan-awan besar memasuki wilayah Sulawesi Utara," kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan.
Beliau berkata empat sungai besar di Kota Manado melimpah dan menghanyutkan puluhan rumah dan kenderaan.
"Bencana kali ini lebih besar daripada yang terjadi pada 2000 yang menyebabkan 22 terbunuh dan pada Februari 2013 yang menyebabkan 17 terbunuh," katanya.
Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sulawesi Utara menyelaraskan operasi bersama-sama tentera, polis dan agensi kerajaan selain badan sukarela untuk memindahkan mangsa banjir itu.
Bantuan kecemasan dan lojistik seperti dapur umum, perahu, khemah, tilam, selimut dan makanan juga telah dihantar kepada mangsa.
Bernama
Thu Jan 16 2014
Foto AFP
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.