awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di New York: Singa laut di zoo terlepas dari kolam, nikmati kebebasan seketika

Bernama
Bernama
30/09/2023
10:01 MYT
Banjir di New York: Singa laut di zoo terlepas dari kolam, nikmati kebebasan seketika
Seekor singa laut merasai nikmat kebebasan seketika, selepas kolam singa laut di Zoo Central Park dinaiki air akibat banjir yang melanda New York City (NYC) pada Jumaat. - Gambar hiasan/AP
NEW YORK: Seekor singa laut merasai nikmat kebebasan seketika, selepas kolam singa laut di Zoo Central Park dinaiki air akibat banjir yang melanda New York City (NYC) pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Zoo itu ditutup pada Jumaat ekoran cuaca buruk, tetapi singa laut itu berjaya berenang keluar dari kolamnya.
"Seekor singa laut betina di Zoo Central Park dapat berenang keluar dari kolamnya akibat banjir yang dicertuskan oleh hujan lebat di New York City hari ini," kata Naib Presiden Eksekutif Zoo dan Akuarium Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar, Jim Breheny, dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, singa laut itu berenang kembali ke tempat asalnya.
Central Park menerima hujan hampir 15 sentimeter pada Jumaat, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan - paras hujan yang tidak pernah berlaku sejak Taufan Ida pada 2021.
Breheny berkata paras air sudah mula surut dan semua haiwan kini berada di kolam dan kandang masing-masing.
Beliau berkata petugas zoo akan terus memantau keadaan sepanjang cuaca yang tidak menentu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#singa laut
#banjir New York
#Zoo Central Park
#terlepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan