Kesan bencana banjir di Pakistan dan Afghanistan dilaporkan semakin buruk dengan peningkatan mendadak kematian mangsa.

Di Afghanistan lebih 80 meninggal dunia manakala di Wilayah Barat laut Pakistan, ia mengorban lebih 58 nyawa.

Keadaan banjir di beberapa kawasan lain bagaimanapun dilaporkan mula surut.

Bagaimanapun pihak berkuasa memberi amaran lebih banyak hujan lebat akan melanda pada Ogos dan bulan seterusnya.

Ia dijangka akan akan memburukkan keadaan kerana akan menyebabkan kejadian tanah runtuh terutama di kawasan lereng bukit dan pergunungan.

Minggu lalu, bandar terbesar Pakistan, Karachi lumpuh selepas dilanda banjir kilat yang disebabkab hujan Monsun.

Ia diburukkan lagi dengan sistem perparitannya yang tidak terurus.

Pada 2010, banjir paling buruk melanda pakistan sejak 66 tahun lalu, di mana satu perlima daripada muka buminya digenangi air bah dan mengorban hampir dua ribu nyawa.