awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
Nilai eksport negara catat RM1.45 trilion setakat November tahun ini - Pengerusi MATRADE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di timur laut Brazil jejaskan 430,000 penduduk, 72 bandar

Bernama
Bernama
27/12/2021
10:06 MYT
Banjir di timur laut Brazil jejaskan 430,000 penduduk, 72 bandar
Bencana alam itu, yang berterusan sejak awal November, dianggarkan sebagai banjir terburuk dalam beberapa dekad yang lalu. - AP
Hujan lebat diikuti banjir di negeri Bahia di timur laut Brazil menjejaskan lebih 430,000 penduduk yang tinggal di kawasan itu, dengan langkah kecemasan dilaksanakan di 72 kawasan, lapor Sputnik.
Bencana alam itu, yang berterusan sejak awal November, dianggarkan sebagai banjir terburuk dalam beberapa dekad yang lalu. Ia mengakibatkan 18 kematian, 286 orang cedera, dan sejumlah 430,869 orang terjejas dalam tempoh dua bulan, menurut data terkini, yang dipetik oleh portal berita G1.
Menurut Menteri Kewarganegaraan Brazil Joao Roma, kementerian kesihatan negara itu akan menempatkan lebih 90 orang doktor ke Bahia untuk membantu mangsa banjir.
Pada hujung minggu bandar Itambe dan Jussiape menasihatkan penduduk supaya berhati-hati apabila sebuah empangan runtuh ketika hujan lebat, menimbulkan kebimbangan berlakunya banjir yang lebih besar.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#hujan lebat
#banjir
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan