TRIPOLI: Sekolah di bandar timur Derna dibuka semula pada selepas dilanda dilanda banjir beberapa minggu lalu yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban dan kemusnahan besar.

Kementerian Pendidikan Libya berkata pelajar yang sekolah mengalami kerosakan atau musnah akan menumpang sementara di sekolah lain, lapor Xinhua.

Selain itu, kementerian turut menyediakan sokongan psikososial untuk pelajar yang terjejas dan meminta sekolah swasta di Derna menerima pelajar terbabit belajar secara percuma.

Pada 10 Sept lalu, ribut Daniel telah mencetuskan banjir besar dan terburuk di Libya sejak beberapa dekad, menyaksikan ribuan terkorban dan masih hilang.

Bencana itu turut merosakkan 70 peratus infrastruktur di wilayah berkenaan, termasuk 114 sekolah di 15 bandar.

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri Abdul-Hamed Dbeibah mengeluarkan arahan untuk memperuntukkan hampir 93 juta dinar Libya (kira-kira US$19 juta) untuk memulihkan sekolah yang rosak.

-- BERNAMA