awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal

Bernama
Bernama
04/02/2026
22:10 MYT
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Di Portugal, banjir baharu yang dicetuskan oleh ribut Leonardo memutuskan hubungan beberapa desa, menyebabkan sungai melimpah dan memaksa sekolah terus ditutup. REUTERS
MADRID: Ribut membawa hujan lebat serta angin kencang, menyebabkan gangguan meluas di selatan Sepanyol dan Portugal pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perkhidmatan cuaca Sepanyol, AEMET, memberi amaran yang sesetengah kawasan berisiko menerima jumlah hujan bersamaan purata setahun dalam tempoh hanya beberapa jam.
Di Wilayah Andalusia, kira-kira 3,000 orang dipindahkan dari kawasan perumahan tanah rendah berikutan banjir.
Sekolah ditutup, perkhidmatan kereta api tergendala di beberapa laluan dan beberapa jalan raya ditutup, lapor penyiar negara Sepanyol, RTVE.
Keadaan yang sama turut berlaku di Portugal, di mana usaha pemulihan masih dijalankan susulan ribut kuat minggu lepas yang menyebabkan kerosakan besar.
Banjir baharu yang dicetuskan oleh ribut terbaharu, dinamakan Leonardo oleh pihak berkuasa memutuskan hubungan beberapa desa, menyebabkan sungai melimpah dan memaksa sekolah terus ditutup.
Jalan raya dan perkhidmatan rel turut terjejas, terutamanya akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.
Penyiar nasional Portugal, RTP melaporkan yang tanah sudah tepu dan tidak mampu menyerap hujan tambahan.
Perkhidmatan cuaca Portugal, IPMA, memberi amaran yang ribut lain dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.
Amaran juga dikeluarkan bagi Pulau Mallorca di Sepanyol, di mana jalur luar ribut Leonardo dijangka tiba pada Khamis. AEMET mengeluarkan amaran kuning, iaitu tahap amaran ketiga tertinggi, bagi sebahagian besar pulau itu.
Angin kencang sehingga 120 kilometer sejam diramalkan di kawasan pergunungan, manakala ombak setinggi 10 meter mungkin melanda pantai timur dan selatan.
Bagi kawasan terbabit, perkhidmatan cuaca mengeluarkan amaran jingga, tahap amaran kedua tertinggi.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Portugal
#hujan lebat
#banjir
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan