awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia

Bernama
Bernama
29/11/2024
10:15 MYT
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Pasukan penyelamat sedang mengharungi keadaan yang berbahaya untuk membersihkan laluan akses dan mencari mangsa yang hilang. - Foto REUTERS
JAKARTA: Hujan berterusan selama seminggu menyebabkan beberapa siri banjir dan tanah runtuh di seluruh wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut dan mendorong pegawai tempatan untuk mendapatkan pengisytiharan darurat bencana, kata pihak berkuasa pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman dpa.
Tuahta Ramajaya Saragih, ketua Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Utara, berkata pihaknya telah mengemukakan permintaan untuk mengisytiharkan status kecemasan bencana kepada gabenor wilayah.
Status yang dicadangkan, yang dilanjutkan hingga Disember, akan mempercepatkan pengagihan bantuan dan menggerakkan sumber negara untuk membantu ribuan penduduk yang dipindahkan.
"Hujan berintensiti tinggi terus melanda rantau ini, dan kami menjangkakan risiko bencana selanjutnya akan kekal tinggi sehingga sekurang-kurangnya awal Disember," kata Saragih.
Kemusnahan itu telah merentasi beberapa daerah, dari Medan ke kawasan luar bandar seperti Sibolangit dan Sayur Matinggi, menyebabkan komuniti terputus hubungan akibat tanah runtuh yang telah menimbus jalan raya, kata agensi bencana itu.
Pasukan penyelamat sedang mengharungi keadaan yang berbahaya untuk membersihkan laluan akses dan mencari mangsa yang hilang, sementara tempat perlindungan sementara terpaksa menampung jumlah penduduk yang dipindahkan, tambah agensi itu.
Negara ini menghadapi musim tengkujuh tahunan yang sering membawa hujan lebat dan banjir teruk, terutamanya di kawasan rendah dan padat penduduk seperti Sumatera Utara.
Walau bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa penebangan hutan dan pembandaran yang tidak dirancang dengan baik telah memburukkan lagi bencana itu, mengurangkan keupayaan landskap untuk menyerap lebihan air dan meningkatkan kecenderungan kepada tanah runtuh.
Pada minggu lalu, hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah, menghanyutkan rumah, memusnahkan tanah ladang dan infrastruktur di Sumatera Utara, menurut agensi bencana itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Utara
#banjir
#tanah runtuh
#Darurat bencana
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan