awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir teruk landa Brazil, 21 maut

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2023
01:30 MYT
Banjir teruk landa Brazil, 21 maut
Pandangan dari udara kawasan Rio Grande do Sul di Brazil selepas dilanda banjir akibat hujan lebat. - Foto REUTERS
SEKURANG-kurangnya 21 maut akibat banjir susulan hujan lebat dan angin kencang di selatan Brazil setakat Selasa.
Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite berkata, ribuan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat becana alam yang disifatkan sebagai terburuk yang pernah melanda negeri itu.
Lebih 5,000 penduduk di Mucum terpaksa diselamatkan dari bumbung rumah mereka selepas 85 peratus bandar itu ditenggelami air.
Presiden Luiz Inacio Lula da Silva berkata kerajaan persekutuan telah bersedia untuk menghulur bantuan kepada mangsa.
Leite memaklumkan 15 mangsa korban telah ditemui di Mucum pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 maut.
Lebih daripada 300mm hujan turun di negeri itu dalam masa 24 jam dan ini mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan perkhidmatan helikopter bagi memasuki kawasan yang terputus hubungan akibat banjir.
Februari lalu sekurang-kurangnya 40 terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di Sao Paulo.
Tahun lepas sekurang-kurangnya 100 orang maut akibat tanah runtuh disebabkan hujan lebat yang melanda Recife di kawasan utara Brazil.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#bencana alam
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan