awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Dunia lulus AS$390 juta untuk tingkatkan ekonomi digital Kenya

Bernama
Bernama
07/04/2023
20:08 MYT
Bank Dunia lulus AS$390 juta untuk tingkatkan ekonomi digital Kenya
Bank Dunia berkata, Projek Percepat Ekonomi Digital Kenya menumpukan kepada pembangunan persekitaran yang dipacu data dan selamat untuk penyampaian perkhidmatan digital dan inovasi yang dipertingkat untuk ekonomi digital serantau.
NAIROBI: Bank Dunia meluluskan pembiayaan AS$390 juta untuk membantu meningkatkan ekonomi digital Kenya, lapor Xinhua.
Bank Dunia berkata wang itu akan digunakan untuk program pertama meluaskan akses kepada Internet berkelajuan tinggi, meningkatkan kualiti dan penyampaian pendidikan serta perkhidmatan kerajaan terpilih serta membangunkan kemahiran untuk ekonomi digital serantau.
Keith Hansen, pengarah negara Bank Dunia untuk Kenya, Rwanda, Somalia dan Uganda, berkata Projek Percepat Ekonomi Digital Kenya bertujuan membantu menjadikan pertumbuhan Kenya lebih saksama dengan mengecilkan jurang kemahiran dan ketersambungan digital, serta mengembangkan pasaran digital.
"Memperluas akses kepada teknologi dan perkhidmatan digital merupakan usaha yang boleh mempercepat pertumbuhan ekonomi dan pewujudan pekerjaan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan membina daya tahan," kata Hansen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di ibu kota Kenya, Nairobi.
Bank itu berkata projek itu akan menggunakan pendekatan program dua fasa dengan Fasa 1 akan dijalankan dari 2023-2028 manakala fasa 2 dari 2026-2030, menumpukan kepada pembangunan persekitaran yang dipacu data dan selamat untuk penyampaian perkhidmatan digital dan inovasi yang dipertingkat untuk ekonomi digital serantau.
Ia berkata projek itu juga akan menggerakkan anggaran AS$100 juta modal swasta menerusi pendanaan sektor swasta untuk pembangunan infrastruktur jalur lebar.
Menurut pembiaya, walaupun Kenya telah memperoleh keuntungan yang mengagumkan, masih terdapat jurang digital yang berterusan dalam akses kepada jalur lebar, perkhidmatan awam digital dan kemahiran yang diperlukan untuk individu dan perniagaan untuk berkembang maju dalam ekonomi dan masyarakat yang semakin digital.
Ia menambah bahawa Kenya memerlukan skala ekonomi dan kesan rangkaian daripada pasaran serantau yang lebih besar dan lebih kompetitif untuk mencapai visinya menjadi salah satu hab pelaburan digital dan inovasi utama di benua Afrika.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Kenya
#ekonomi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan