DUNIA
Bank Dunia luluskan AS$250 juta sokong pemulihan pascakonflik Lubnan

Satu penilaian terkini menganggarkan kerosakan bernilai AS$7.2 bilion akibat konflik yang berlaku antara Oktober 2023 hingga Disember 2024. - AP
BEIRUT: Bank Dunia meluluskan AS$250 juta untuk membantu Lubnan membaiki infrastruktur kritikal dan memulihkan perkhidmatan yang rosak akibat konflik baru-baru ini, menurut kenyataan bank itu pada Rabu, lapor Xinhua.
Pembiayaan itu akan melancarkan Projek Bantuan Kecemasan Lubnan (LEAP) yang bertujuan memulakan usaha pemulihan serta meletakkan asas untuk pembinaan semula jangka panjang.
Satu penilaian terkini menganggarkan kerosakan bernilai AS$7.2 bilion akibat konflik yang berlaku antara Oktober 2023 hingga Disember 2024.
LEAP merupakan sebahagian daripada rangka kerja berskala AS$1 bilion, dengan sumbangan awal Bank Dunia direka untuk menarik lebih banyak geran dan pinjaman di bawah struktur diterajui kerajaan yang memberi tumpuan kepada ketelusan dan hasil, kata Jean-Christophe Carret, Pengarah Negara Bank Dunia bagi Jabatan Timur Tengah.Projek itu menyasarkan kerja-kerja pembaikan segera ke atas bekalan elektrik, air, jalan raya, penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan. Ia turut merangkumi pembersihan runtuhan secara bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan keutamaan kepada kitar semula dan guna semula.
Sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin, kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah, terlibat dalam pertempuran berbulan-bulan dengan Israel. Gencatan senjata yang dimediasi Amerika Syarikat dan Perancis antara Hizbullah dan Israel dicapai pada 27 Nov 2024.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami