awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 November 2025.
1. PRN Sabah: Pertembungan kerusi PH-GRS-BN ‘friendly fight’ - PM
Anwar berkata, persaingan antara gabungan-gabungan tersebut adalah perkara biasa dalam proses demokrasi.
2. Anugerah 'Golden Bear' untuk Michelle Yeoh
Anugerah berprestij ini meletakkan Michelle sebaris dengan tokoh filem terkenal seperti Meryl Streep dan Steven Spielberg.
3. AirAsia derma 15 peso bagi setiap tempat duduk terjual untuk 'To The Philippines With Love'
Program ini dilancarkan sebagai solidariti ASEAN susulan gempa bumi di Cebu dan Taufan Tino, dengan fokus kepada pemulihan komuniti terjejas.
4. Isu keselamatan tidak wajar dipolitikkan pada PRN Sabah - Mohamed Khaled
Isu keselamatan tidak wajar dipolitikkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kerana ia merupakan perkara penting yang tidak boleh diabaikan atau dikompromi.
5. Pemberian khas 40 peratus hasil Sabah bukan sandiwara politik - PM Anwar
Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah, sebaliknya komited menyelesaikannya secara telus dan menyeluruh.
6. AGM MIC sebulat suara lulus usul keluar BN, sertai PN
Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC sebulat suara bersetuju meluluskan usul untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Perikatan Nasional (PN).
7. Kerajaan setuju secara dasar tambah kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak - PM Anwar
Kerajaan secara dasarnya bersetuju menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak mengambil kira jumlah pengundi di kedua-dua negeri terbabit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. 40 peratus hasil Sabah: Loke selar tindakan Ewon letak jawatan, anggap cuba tarik perhatian
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan tindakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meletakkan jawatan berhubung isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah sebagai lebih bertujuan menarik perhatian daripada tindakan berani kerana benar.
9. PDRM perkukuh tindakan bersama agensi antarabangsa hapus kartel dadah
PDRM komited membanteras rangkaian kartel dadah antarabangsa melalui pemantauan dan tindakan bersama agensi dalam serta luar negara.
10. MALBATT 850-13: Detik bersejarah dipahat, hampir dua dekad semai benih keamanan
Upacara serah terima tugas Komander MALBATT 850-12 kepada MALBATT 850-13 di Kem Marakah, Selatan Lubnan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan